comscore
Tumpuan :
Dunia

Jalan raya bertukar ibarat sungai di Fuqing

Foto: Reuters

CHINA: Jalan raya di Fuqing, tenggara China bertukar ibarat sungai apabila dibanjiri air bah yang mengalir deras.

Situasi itu didorong Taufan Haikui yang membadai awal pagi semalam, dengan tadahan hujan dicatatkan melebihi 149mm dalam tempoh 24 jam.

Lokasi kawasan yang terjejas banjir berjaya dikenal pasti menerusi padanan imej satelit dan bangunan kawasan sekitar.

Haikui bagaimanapun dilaporkan semakin melemah dan menjadi ribut taufan tropika selepas membadai sekitar 5 pagi waktu tempatan semalam.

Ramalan kaji cuaca memaklumkan Haikui bakal bergerak ke selatan Guangdong dengan kekuatannya dijangka akan semakin berkurangan.

Loading...
Terkini