comscore
Tumpuan :
Dunia

Jambatan gantung berusia lebih seabad runtuh, ragut lebih 130 nyawa

Anggota penyelamat menggunakan bot bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas sebuah jambatan gantung merentasi Sungai Machchhu di wilayah Morbi di Gujarat, India roboh. – FOTO: AP

GUJARAT: Sekurang-kurangnya 130 mangsa maut selepas sebuah jambatan gantung runtuh di Gujarat, di barat India semalam.

Ratusan orang terjun ke dalam Sungai Machchhu di wilayah Morbi, kira-kira 200 kilometer ke barat Ahmedabad, bandar utama di Gujarat, selepas jambatan gantung berusia hampir 150 tahun itu mula runtuh dan seterusnya tenggelam.

Jambatan gantung sepanjang 233 meter dan 1.5 meter lebar itu dibina pada 1880 oleh penjajah British, menggunakan bahan yang diimport dari England.

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 500 orang berada di lokasi kejadian dan mereka masih meneruskan usaha menyelamatkan mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang sedang meraikan upacara keagamaan.

Seorang menteri dalam kerajaan negeri Gujarat, Brijesh Merja berkata, lebih 80 mangsa berjaya diselamatkan.

Difahamkan jambatan berkenaan hanya dibuka semula pada Rabu lalu, selepas menjalani kerja baik pulih selama tujuh bulan, walaupun belum menerima kelulusan mengesahkan keselamatannya.

Semalam, pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat dengan bot dan penyelam dikerah mencari mangsa sehingga lewat malam.

Puluhan anggota tentera darat dan laut India turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang berada di Gujarat dalam lawatan tiga hari berkata, beliau amat sedih dengan tragedi itu serta mengumumkan pampasan untuk mangsa yang cedera selain waris mereka yang meninggal dunia. – AGENSI

Loading...
Terkini