comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Jambatan utama Baltimore runtuh dilanggar kapal

MARYLAND: Sebuah jambatan utama di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kargo.

Runtuhan melibatkan sebahagian besar 2.6 kilometer Jambatan Francis Scott Key yang merentasi Sungai Patapso.

Insiden kira-kira jam 1.30 pagi itu turut mengakibatkan sejumlah kenderaan jatuh ke dalam sungai.

Menurut Pasukan Bomba dan Penyelamat, operasi pencarian giat dijalankan bagi mengesan sekurang-kurangnya tujuh individu yang hilang.

Susulan kejadian, semua aliran trafik di kawasan ini dilencongkan.

Menurut polis, kapal kargo berkenaan dengan bendera Singapura dalam perjalanan menuju ke Sri Lanka dan semua kru kapal disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Jambatan Francis Scott Key yang dibina pada tahun 1977 adalah jambatan utama menghubungkan Hub Pelabuhan Baltimore . – the guardian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini