comscore
Tumpuan :
Dunia

Jangkitan Cacar Monyet Global Cecah 70,000

Foto: REUTERS

GENEVA: Jumlah jangkitan cacar monyet di peringkat global kini mencecah 70,000 kes dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran supaya orang ramai berjaga-jaga meskipun berlaku penurunan kes baharu.

Jumlah kes minggu lalu semakin meningkat di beberapa negara di Amerika selain menekankan mengenai kemunculan kes baharu yang perlahan di seluruh dunia

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, lebih 70,000 kes kini dilaporkan kepada agensi kesihatan PBB tahun ini, dengan 26 kematian.

21 negara pada minggu lalu melaporkan peningkatan kes, kebanyakannya di Amerika, yang menyumbang hampir 90 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.

WHO sedang bekerjasama dengan beberapa negara untuk meningkatkan kapasiti ujian mereka dan turut memantau trend.

Peningkatan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei lalu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, di luar negara Afrika di mana cacar monyet sudah lama menjadi penyakit endemik.

Lebih daripada 42,000 kes kini dilaporkan dari Amerika dan hampir 25,000 dari Eropah.

Loading...
Terkini