comscore
Tumpuan :
Dunia

Jeda kemanusiaan, penduduk Gaza harap tamatkan keganasan

Foto: Reuters

KHAN YOUNIS: Ketika persetujuan dicapai dalam memutuskan gencatan senjata empat hari antara rejim Israel dan kumpulan Hamas, rakyat Palestin terus berharap proses damai dapat diteruskan sekaligus menamatkan pergolakan di Gaza.

Penduduk di Khan Younis terus menitip harapan untuk kembali menjalani hidup seperti biasa sebelum keganasan berlaku.

Foto: Reuters

Dalam pada itu, penduduk Gaza mengibaratkan gencatan senjata sementara ini sekadar melanjutkan jangka hayat mereka.

Namun seterusnya, hanya bergantung kepada nasib yang mungkin meragut nyawa seorang demi seorang rentetan kekejaman rejim Israel.

Mereka juga berharap, jeda kemanusiaan ini dimanfaat sebaiknya untuk memperoleh bantuan makanan dan ubat ubatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini