
TOKYO: Jepun telah memberi amaran mengenai kemungkinan kesan negatif terhadap perdagangan global susulan pengumuman tarif baharu oleh Presiden A.S.
Menteri Kewangan Katsunobu Kato memberitahu Fuji TV: “Kami amat bimbang terhadap bagaimana tarif ini boleh mempengaruhi ekonomi dunia.”
Fuji TV melaporkan bahawa Kato juga menekankan keperluan untuk “menilai secara menyeluruh” kesan dasar tarif Trump terhadap pasaran pertukaran asing.
“Jepun perlu meneliti dasar-dasar ini serta kesannya, dan mengambil langkah yang sewajarnya,” katanya seperti yang dipetik oleh Fuji TV. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.