comscore
Tumpuan :
Dunia

Jepun dilanda gempa bumi 6.1 skala Richter, tiada amaran tsunami

Foto: AFP

TOKYO: Satu gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter dikesan di luar perairan tengah Jepun hari ini, menyebabkan Tokyo dan beberapa bandar lain merasai gegaran kuat.

Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa itu berlaku jam 5.09 petang waktu tempatan di wilayah Mie dengan kedalaman 350 kilometer.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan mahupun kerosakan infrastruktur direkodkan di loji nuklear Fukushima.

Daerah Fukushima dan Ibaraki di utara Tokyo merasai gegaran kuat akibat gempa tersebut.

Perkhidmatan tren laju Shinkansen turut dihentikan buat sementara waktu susulan gempa tersebut sebelum operasi disambung semula tidak lama kemudian. – AFP

Loading...
Terkini