comscore
Tumpuan :
Dunia

Jepun pantau situasi susulan Putin umum lawat Kepulauan Kuril

Foto: Reuters

TOKYO: Jepun akan memantau rapat situasi susulan kenyataan Presiden Rusia Vladimir Putin akan melawat Kepulauan Kuril yang hak miliknya dipertikaikan kedua-dua negara, lapor Sputnik memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi pada Jumaat.

Pada Khamis, Putin berjanji akan melawat Kepulauan Kuril dalam pertemuan dengan usahawan dari Timur Jauh Rusia.

“Semasa lawatannya ke Khabarovsk pada 11 Jan, Presiden Putin mengumumkan bahawa beliau akan melawat Kepulauan Kuril. Kami tidak dapat mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh pegawai kerajaan Rusia. Kerajaan akan terus memantau keadaan dan bertindak sewajarnya,” kata Hayashi dalam sesi taklimat.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa Jepun akan meneruskan dasar sekatan terhadap Rusia dan menyokong Ukraine.

Empat pulau Kuril – Iturup, Kunashir, Shikotan, dan Habomai merupakan wilayah yang dipertikai antara Rusia dan Jepun sejak Perang Dunia Kedua, dengan kedua-dua negara tidak dapat menandatangani perjanjian damai.

Rusia menolak tuntutan Tokyo ke atas pulau-pulau berkenaan dan telah mewujudkan program pembangunan utama untuk pulau-pulau itu bagi tempoh 2016-2025. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini