comscore
Tumpuan :
Dunia

Jepun sedia AS$470 juta untuk Ukraine pulihkan infrastruktur tenaga

FOTO: Reuters

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menjanjikan bantuan percuma AS$470 juta kepada Ukraine untuk memulihkan kemudahan tenaga serta bantuan kemanusiaan, lapor media Jepun pada Rabu.

Kishida melawat Ukraine pada Selasa dan bertemu Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.

Selepas Ukraine, Kishida akan ke Poland untuk bertemu kepimpinan negara itu pada Rabu.

Jepun juga akan menghantar peralatan bernilai AS$30 juta kepada Kyiv melalui dana NATO, lapor Xinhua, memetik laporan Agensi Berita Kyodo.

Pada akhir Februari, Kishida menjanjikan bantuan kewangan AS$5.5 bilion kepada Ukraine, termasuk AS$900 juta dalam bantuan kemanusiaan dan AS$670 juta dalam bentuk geran dan pinjaman yang diperuntukkan kepada negara Eropah timur itu dalam tempoh kurang setahun.

Jumlah sumbangannya kini bernilai lebih AS$7 bilion. – BERNAMA

Loading...
Terkini