comscore
Tumpuan :
Dunia

Jerman sertai AS, Britain, Perancis sokong Mark Rutte untuk jawatan ketua NATO

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte berucap kepada wartawan semasa lawatan ke Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. – Foto: Reuters

LONDON: Jerman pada Khamis menyertai Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis dalam menyokong pencalonan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte untuk jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menerusi kenyataan di X, jurucakap kerajaan Jerman Steffen Hebestreit berkata Canselor Olaf Scholz menyokong pencalonan Mark Rutte sebagai Setiausaha Agung NATO yang baharu, lapor Agensi Anadolu.

“Beliau adalah calon terbaik dengan pengalaman yang luas, kepakaran yang hebat dalam dasar keselamatan dan kemahiran diplomatik yang kuat,” kata Hebestreit, memetik Sholz.

Rutte, 57, dilaporkan turut mendapat sokongan Washington, London dan Paris.

Beliau memerlukan sokongan daripada semua 31 sekutu NATO sebelum dilantik untuk menggantikan Jens Stoltenberg, yang dijangka meletak jawatan pada Oktober selepas berkhidmat selama 10 tahun. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini