comscore
Tumpuan :
Dunia

Jet pejuang Singapura iring pesawat Air India selepas terima ancaman bom

Seorang budak lelaki melihat pesawat penumpang syarikat penerbangan Air India di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj di Mumbai, India. – FOTO: Reuters

SINGAPURA: Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-15SG selepas Air India Express menerima e-mel yang menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 yang menuju ke Singapura.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen berkata, jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengiringi pesawat itu menjauhi kawasan berpenduduk dan ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada jam 10.04 Selasa malam.

“Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat (GBAD) dan Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) kami turut diaktifkan. Sebaik sahaja di darat, pesawat itu diserahkan kepada polis lapangan terbang.

“Terima kasih kepada dedikasi dan profesionalisme SAF dan Home Team yang memastikan kami selamat, walaupun ancaman wujud di sekeliling kami,” katanya dalam satu hantaran di X selain mengesahkan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini