
KEKEJAMAN ISRAEL: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Raja Jordan II, Raja Abdullah sepakat bagi memastikan penduduk Palestin tidak dipindahkan secara paksa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan White House, hasil perbualan telefon antara Biden dengan Raja Abdullah mencapai persetujuan bahawa warga Gaza tidak boleh diusir keluar dari kediaman mereka sewenang-wenangnya.
Ini bermakna sebarang bentuk penempatan semula penduduk Gaza oleh Israel akan ditolak sekeras-kerasnya.
Laporan Al Jazeera sebelum ini memaklumkan Israel cuba memindahkan rakyat Palestin dari kediaman mereka di Gaza secara paksa.
Keputusan yang turut dipersetujui White House itu turut membawa mesej amaran tegas kepada kerajaan Israel.
Raja Abdullah dalam pada itu turut menegaskan kepentingan gencatan senjata supaya bantuan kemanusian boleh dibawa masuk ke Gaza dengan kadar segera.