comscore
Tumpuan :
Dunia

Jokowi rasmi pelabuhan baharu untuk pacu kecek

Foto: Ankara

JAKARTA: Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia ketika dunia berdepan persaingan yang sengit.

Bercakap pada majlis itu, beliau menekankan mengenai keperluan untuk menangani kos logistik negara yang tinggi yang telah menyaksikan penurunan daripada 24 peratus kepada 14 peratus sejak sedekad lalu disebabkan peningkatan kecekapan.

“Mereka yang mempunyai kecekapan yang baik adalah mereka yang menang permainan, jadi mereka jugalah yang akan memenangi pertandingan,” kata Jokowi.

Pelabuhan itu yang kedua terbesar selepas Tanjung Priok di Jakarta, membabitkan pelaburan sebanyak 5.4 trilion rupiah bersamaan dengan US$345.81 juta.

Dengan kedalaman 16 meter, pelabuhan itu berupaya mengendalikan kapal kontena yang besar.

Beliau turut memuji pengurangan masa menunggu yang tidak melebihi tiga hari dan kapasiti pelabuhan sehingga 2.5 juta unit bersamaan 20 kaki itu meletakkan pelabuhan berkenaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus meningkatkan daya saing negara.

“Inilah kekuatan, potensi yang terus kita tingkatkan agar daya saing kita menjadi lebih baik berbanding negara lain,” tambah Jokowi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini