comscore
Tumpuan :
Dunia

Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam 21 orang

FOTO: Reuters

VIETNAM: Taufan Yagi yang melanda kawasan pergunungan utara Vietnam minggu lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 orang maut dan 229 orang cedera.

Menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, kematian itu termasuk lima orang dari wilayah pesisir Quang Ninh, enam dari Lao Cai dan empat dari Hoa Binh.

Lebih 2,800 pokok tumbang telah mengganggu lalu lintas di jalan-jalan di Hanoi.

Menurut Pejabat Statistik Umum negara itu, bencana alam, terutamanya banjir dan tanah runtuh, telah menyebabkan 147 orang maut dan hilang serta 104 orang cedera di Vietnam dalam lapan bulan pertama tahun ini.

Laporan cuaca tempatan memaklumkan Hanoi dijangka akan mengalami lebih banyak taburan hujan dalam beberapa hari akan datang sekali gus menambah kesukaran dalam kerja-kerja pembersihan dan pemulihan.

Penduduk dan pihak berkuasa tempatan dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang diberikan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini