GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 41,595 dengan 96,251 yang lain cedera, kata pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sembilan orang terbunuh manakala 41 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza, kata kenyataan itu.
Menurut pihak berkuasa pertahanan awam yang berpangkalan di Gaza, tentera Israel pada Ahad melancarkan serangan udara di sebuah bangunan berhampiran kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya enam maut dan ramai lagi cedera.
Serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Beit Lahia di utara Gaza pada Ahad menyebabkan empat orang maut, menurut perkhidmatan perubatan tempatan.
Seperti biasa, Pasukan Pertahanan Israel mendakwa bahawa serangannya ke atas sekolah itu menyasarkan anggota Hamas yang bersembunyi di dalamnya. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa