comscore
Tumpuan :
Dunia

Jumlah kes COVID-19 meningkat 52 peratus menjelang akhir 2023 – WHO

Foto hiasan

GENEVA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 52 peratus di peringkat global menjelang cuti perayaan Krismas.

Ia membabitkan tempoh dari 20 November hingga 17 Disember 2023 berbanding tempoh 28 hari sebelumnya.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO; Christian Lindmeier dalam satu sidang media di sini berkata jumlah itu membabitkan 850,000 kes baharu yang dilaporkan di seluruh dunia.

Katanya, jumlah kes kematian yang mempunyai kaitan dengan wabak coronavirus turut meningkat sebanyak lapan peratus atau 3,000 kes di sepanjang tempoh itu. – BERNAMA.

Loading...
Terkini