comscore
Tumpuan :
Dunia

Jumlah pelawat ke Acropolis dihadkan

Foto Kota Athens

ATHENS: Dalam usaha mengekalkan sisa tinggalan di Greece, mercu tanda terkemuka di Athens, Acropolis mula mengehadkan jumlah pelawat.

Sebuah laman sesawang tempahan baharu kini menjejaki pelancong di Acropolis sambil menguatkuasakan slot masa setiap jam bagi menangani kesesakan dan memelihara tapak arkeologi itu yang menjadi antara mercu tanda bersejarah yang paling terkenal di dunia.

Acropolis Athens adalah kompleks monumen Yunani purba yang paling menarik dan lengkap yang masih wujud pada zaman ini, menurut UNESCO.

Menteri Kebudayaan Greece Lina Mendoni menerusi temubual di radio tempatan berkata, jelas kedatangan pelancong adalah wajar untuk semua, namun perlu mencari cara hadkan jumlah pelancongan berlebihan bagi mengelakkan kerosakan monument.

Sistem baharu itu, yang dilancarkan Isnin akan menghadkan lawatan Acropolis kepada 20,000 pelancong sehari dan akan digunakan di tapak Yunani lain, mulai April.

Akses akan diberikan kepada 3,000 pengunjung antara 8 pagi dan 9 pagi, diikuti oleh 2,000 pengunjung setiap jam berikutnya.

Acropolis kini menerima sehingga 23,000 pelawat sehari, yang disifatkan sebagai jumlah yang sangat besar.

Loading...
Terkini