Tumpuan :
Dunia

Jurucakap utama Hizbullah didakwa terbunuh dalam serangan Israel

Orang awam berdiri di atas runtuhan selepas serangan Israel ke atas sebuah bangunan yang menurut sumber keselamatan, telah mengorbankan ketua perhubungan media Hizbullah, Mohammad Afif, di Ras Al-Nabaa, Beirut, Lubnan, pada 17 November 2024. – FOTO: Reuters

TEHRAN: Jurucakap utama kumpulan pejuang Hizbullah, Mohammad Afif dilaporkan terbunuh dalam serangan Israelke atas pejabat Parti Ba’ath Sosial Arab Lubnan di Beirut, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam satu kenyataan pada Ahad, kepimpinan pusat Parti Ba’ath Sosialis Arab mengesahkan kematian anggota kanan Hizbullah itu.

Menurut kenyataan itu, setiausaha agung parti berkenaan, Ali Hijazi bagaimanpun tidak berada di bangunan itu ketika serangan berlaku.

Hizbullah bagaimanapun belum memberikan sebarang reaksi berhubung dakwaan kematian jurucakapnya.

Mohammad Afif, bekas ketua stesen televisyen Al-Manar, kemudian dilantik sebagai pegawai perhubungan media tertinggi Hizbulla. Beliau sering mengadakan sidang media di kawasan runtuhan akibat pengeboman Israel.

Dalam kenyataan terakhirnya pada 11 November, beliau menegaskan bahawa Israel tidak mampu menduduki Lubnan, sementara Hizbullah memiliki bekalan mencukupi untuk perang berpanjangan.

Pembunuhannya merupakan rentetan serangan terhadap pemimpin tertinggi Hizbullah , termasuk Hassan Nasrallah, selepas Israel meningkatkan serangan di Lubnan sejak akhir September.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini