comscore
Tumpuan :
Dunia

Justin Trudeau berangkat ke Jakarta untuk sidang kemuncak ASEAN

Foto: Reuters

KANADA: Perdana menteri Kanada, Justin Trudeau, berangkat ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN ke-43 dan rangka kerja lawatan rasmi di republik itu.

Kanada sudah menjadi rakan dialog ASEAN sejak 1977 dan merupakan salah satu daripada 11 rakan sejawatnya.

Sehubungan itu, 19,340 anggota keselamatan bersama sudah dikerah bagi memastikan keselamatan sidang yang bakal berlangsung 5 sehingga 7 September 2023.

Kesemua pemimpin dari negara ASEAN lain akan mula bersidang mulai esok, membincangkan isu berkaitan krisis Myanmar dan ketegangan yang semakin meruncing melibatkan peta negara baharu China.

China kini dilihat semakin lantang menuntut kedaulatan ke atas kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

Sidang kali ini turut menjanjikan untuk berunding tentang pembangunan infrastruktur hijau dan rantaian bekalan yang berdaya tahan, keselamatan makanan, ekonomi digital serta ekosistem pembayaran

Presiden Joko Widodo dijangka akan menjadi tuan rumah untuk 12 lagi sidang kemuncak ASEAN.

Loading...
Terkini