comscore
Tumpuan :
Dunia

Kadar inflasi Turki lepasi 85% 

Foto: Reutersconnect

TURKIYE: Rentetan keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia, kadar inflasi di Turkiye meningkat melepasi 85 peratus pada Oktober.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan agensi kerajaan, TUIK, kenaikan kali ini adalah yang tertinggi sejak 1997.

Ketika kebanyakan negara dunia terus meningkatkan kadar polisi kewangan bagi mengekang inflasi, namun Presiden Recep Tayyip Erdogan pula bertindak sebaliknya.

Erdogan mendakwa kadar faedah yang tinggi sebenarnya punca utama inflasi, sekali gus menafikan teori kewangan oleh pakar ekonomi negara itu.

Bulan lalu, beliau mengarahkan bank negara itu mengurangkan kadar polisi kewangan buat kali ketiga berturut-turut, daripada 12 peratus kepada 10.5 peratus.

Keadaan terbabit turut mengakibatkan nilai mata wang Turkiye, Lira turut menjunam berbanding dolar Amerika.

Bulan lalu, kos pengangkutan meningkat 117 peratus manakala kenaikan harga makanan pula mencecah 99 peratus.

Loading...
Terkini