comscore
Tumpuan :
Dunia

Kakitangan PBSM Palestin cedera, ambulan rosak ditembak

GAZA: Seorang kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkongsi rakaman menunjukkan beliau mengalami kecederaan selain kerosakan pada ambulan akibat ditembak rejim zionis di Khan Younis.

Menerusi akaun media sosial X persatuan itu memaklumkan, Israel bertindak melancarkan serangan ke atas ambulan sewaktu mereka sedang dalam perjalanan memindahkan tangki oksigen dari Hospital Nasser ke Hospital Al Amal pada 8 Februari lalu.

Tarikh dan lokasi kejadian telah disahkan oleh jurucakap organisasi berkenaan kepada Reuters.

Minggu lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa Israel dengan sengaja menyerang ambulan yang sedang dalam perjalanan menyelamatkan kanak-kanak perempuan Palestin 6 tahun, Hind Rajab.

Hind sebelum ini mencetus kebimbangan masyarakat antarabangsa apabila rakaman suaranya merayu supaya diselamatkan ketika terperangkap dalam kenderaan menjadi tular.

Dia dan kesemua enam ahli keluarganya yang lain maut setelah ditembak bertalu-talu kereta kebal rejim zionis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini