comscore
Tumpuan :
Dunia

Kanada larang penghantaran senjata ke Israel

FOTO: Melanie Joly

TRENTON: Kanada akan mengharamkan semua penghantaran senjata ke Israel, kata Menteri Luar Negeri, Melanie Joly pada Selasa.

Tindakan itu dibuat selepas penggubal undang-undang mengundi 204-117 menyokong usul tidak mengikat untuk menghentikan penjualan senjata selepas perbahasan yang panjang pada Isnin.

“Ia adalah perkara sebenar,” kata Joly kepada akhbar The Toronto Star.

Usul asal adalah untuk penggantungan penjualan senjata, tetapi ia ditukar kepada larangan penghantaran.

Turut disertakan dalam usul itu ialah klausa yang meminta sokongan kepada ‘Penubuhan Negara Palestin’, akhirnya bersama rakan kongsi antarabangsa Kanada.

Kanada sebelum ini meletakkan penggantungan sementara ke atas permit eksport bagi barangan dan teknologi ketenteraan.

Tetapi, terdapat beberapa kekeliruan sebelum ini kerana Hal Ehwal Global Kanada terus menerima permohonan mengenai eksport senjata ke Israel dan ia disemak berdasarkan kes demi kes, lapor Star.

Bagaimanapun, Joly menegaskan bahawa selepas undian pada Isnin yang menggesa larangan senjata, kerajaan memutuskan untuk menunaikan ikrar itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Bill Blair, berkata Joly akan memutuskan bagaimana larangan itu dikuatkuasakan.

“Terdapat beberapa kontrak sedia ada yang sudah ada, tetapi ini adalah asas ke hadapan, saya rasa begitulah pandangan menteri,” kata Blair. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini