comscore
Tumpuan :
Dunia

Kapal akibatkan jambatan di Baltimore runtuh dialihkan

Foto: Reuters

WASHINGTON: Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin, hampir lapan minggu selepas ia berlanggar dengan Jambatan Francis Scott  Key di Baltimore, Maryland, menyebabkan jambatan itu runtuh, lapor Agensi Anadolu.

“Pagi ini, kapal kargo yang berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key telah dipindahkan secara rasmi – satu langkah penting ke arah membuka semula laluan menuju ke Pelabuhan Baltimore,” kata Rumah Putih di X.

Kapal itu yang membawa hampir 4,700 kontena melanggar jambatan itu pada Mac, menyebabkan enam orang terbunuh.

Runtuhan struktur itu menyebabkan trafik terhenti di salah satu pelabuhan paling sibuk di Amerika Syarikat (AS).  – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini