comscore
Tumpuan :
Dunia

Kapal Angkasa Nasa Berjaya Langgar Asteroid Dimorphos

HOUSTON, Amerika Syarikat: Kapal angkasa Nasa berjaya membuat pelanggaran astreoid dikenali Dimorphos dalam misi menyelamatkan bumi.

Misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (Dart) itu kini sedang meneliti hasil pelanggaran tersebut.

Hasil terbaharu itu juga akan membawa kepada lebih banyak penemuan baharu asteroid dalam sistem Didymos yang digunakan.

Misi Dart telah dilancarkan dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California, Amerika Syarikat (AS), November lalu.

Kapal angkasa Dart ini melakukan rempuhan dengan sengaja untuk melihat sama ada dapat memesongkan batuan angkasa lepas sekali gus menghalang planet ini daripada dimusnahkan kesan berpotensi bencana daripada asteroid.

Kamera khas dari luar angkasa akan merakam perlanggaran kosmik yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Kapal angkasa Dart menyasarkan batu angkasa gergasi berdiameter 160 meter yang dikenali Dimorphos pada kelajuan 4,140 kilometer sejam.

Menurut agensi angkasa AS, tiada asteroid yang diketahui lebih besar daripada 137 meter merempuh bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Loading...
Terkini