comscore
Tumpuan :
Dunia

Kapal angkasa Shenzhow-16 berjaya dilancar

– FOTO : Reuters

JIUQUAN: Kapal angkasa Shenzhou-16 yang dibawa roket Long March-2F Y16 berjaya dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, tepat jam 9.31 pagi waktu tempatan.

Kapal angkasa itu dipisahkan daripada roket dan memasuki orbit yang ditetapkan kira-kira 10 minit kemudian.

Kesemua tiga angkasawan terlibat berada dalam keadaan baik.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), Shenzhou-16 akan melakukan percantuman pantas secara automasi dengan kompleks stesen angkasa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tiga angkasawan dijadual berada di stesen angkasa selama lima bulan untuk misi seperti melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA), menjalankan eksperimen sains angkasa serta memasang, menyelenggara dan membaik pulih kemudahan di dalam dan luar kabin.

Misi penerbangan itu adalah yang pertama selepas projek penerokaan angkasa lepas bermanusia China memasuki fasa pengaplikasian dan pembangunan.

Ia juga misi pelancaran kali ke-29 sejak projek berkenaan dilaksanakan pada 1992, selain penerbangan kali ke-475 bagi roket pembawa Long March.

Difahamkan, kru angkasawan Shenzhou-15 akan melakukan penyerahan kerja kepada kru Shenzhou-16 di orbit.

Loading...
Terkini