comscore
Tumpuan :
Dunia

Kapal bantuan kemanusiaan Gaza pertama tinggalkan pelabuhan Cyprus

CYPRUS: Sebuah kapal yang membawa 200 tan bantuan kemanusiaan untuk Gaza meninggalkan Cyprus ketika penduduk Palestin berdepan ancaman kebuluran semakin serius.

Kapal amal kebajikan, Open Arms belayar keluar dari pelabuhan Larnaca dengan membawa bantuan berisi tepung, beras dan protein.

Pelayaran ke Gaza mengambil masa kira-kira 15 jam, namun menunda muatan tongkang yang berat dijangka menambah tempoh perjalanan sehingga dua hari.

Pengurus Pengaktifan WCK, Juan Camilo Jimenez memaklumkan kepada Reuters bahawa kapal kedua akan berlepas dari Cyprus dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu, tentera Amerika Syarikat berkata satu daripada kapal mereka juga dalam perjalanan untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini