comscore
Tumpuan :
Dunia

Kapal pertama bawa bantuan makanan tiba di Gaza

GAZA: Kapal pertama membawa bantuan kemanusiaan dengan menggunakan koridor maritim baharu dari Cyprus selamat tiba di Gaza.

Open Arms yang berlayar sejak Selasa lalu menunda tongkang berisi 200 tan makanan.

Terdahulu kapal milik badan kebajikan Sepanyol itu menjalani pemeriksaan keselamatan yang komprehensif oleh tentera Israel.

Jurucakap Badan Amal Amerika Syarikat yang bekerja dengan Open Arms, Linda Roth berkata World Central Kitchen kemudian memunggah tongkang berkenaan yang disambungkan ke jeti.

Pelayaran kapal bantuan kemanusiaan sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan akses bantuan ke Gaza berikutan aliran trak bantuan menerusi jalan darat semakin perlahan susulan sekatan Israel. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini