LONDON: Puteri Wales, Kate Middleton mengesahkan beliau selesai menjalani rawatan kemoterapi penyakit kansernya.
Isteri pewaris takhta Britain, Putera William itu berkongsi kelegaannya menerusi video yang dikeluarkan Istana Kensington.
Kate melalui mesej video berkata tahun ini sangat sukar buat dirinya, selain menyifatkan kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata.
Istana Kensington bagaimanapun memaklumkan bahawa rawatan kemoterapi itu bukan bermakna Kate bebas daripada kanser.
Perkembangan yang dikongsi Kate berhubung kemajuan keadaan kesihatannya nyata menggembirakan rata-rata rakyat Britain.
Beliau dijangka kembali melengkapkan beberapa lawatan akhir tahun ini termasuk upacara peringatan tahunan di Cenotaph. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.