comscore
Tumpuan :
Dunia

Kawasan setinggan tenggelam, penduduk berkhemah di tepi jalan

FOTO: Reuters

INDIA: Penduduk dari penempatan terjejas teruk banjir dekat Sungai Yamuna, New Delhi kini bergelut untuk meneruskan kehidupan.

Mereka terpaksa meninggalkan kawasan setinggan yang diduduki sebelum ini ekoran paras air terus meningkat dari masa ke masa.

Meskipun hujan lebat dan banjir masih lagi berlanjutan, mereka tiada pilihan lain tetapi perlu mendirikan khemah di tepi jalan.

Hanya dapat berteduh semata-mata, khemah itu tidak mampu melindungi mereka daripada bahaya binatang berbisa seperti ular dan serangga beracun yang lain.

Sementara itu Sungai Yamuna dilaporkan berada pada paras tertinggi dalam tempoh 45 tahun minggu ini, ekoran hujan lebat luar biasa yang melanda New Delhi.

Situasi itu turut dilaporkan di negeri berbukit di utara India sekaligus memaksa ratusan penduduk berpindah tatkala paras air sungai melimpahi tebing.

Setakat Julai, Delhi telah menerima 309mm tadahan hujan, ketiga tertinggi dalam tempoh 12 tahun.

Loading...
Terkini