comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran Bar Karaoke Di Vietnam Ragut 12 Nyawa, 11 Cedera

FOTO : AFP

HANOI, Vietnam: Sekurang-kurang 12 maut manakala 11 yang lain cedera dalam insiden kebakaran membabitkan sebuah bar karaoke di selatan Vietnam.

Dalam kejadian itu, api dikatakan marak di tingkat dua dan tiga bangunan itu sehingga menyebabkan pelanggan serta pekerja terperangkap.

Media tempatan melaporkan, asap tebal menyelubungi laluan tangga sehingga menghalang pintu kecemasan.

Berikutan itu, ramai bersesak-sesak ke ruang balkoni bagi menyelamatkan diri daripada kebakaran itu ketika api terus marak dengan pantas.

Malah, ada mangsa lain pula nekad mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan itu.

Pegawai parti pemerintah Thuan An, Nguyen Thanh Tam mengesahkan sekurang-kurang 12 orang terkorban, manakala 11 lagi cedera dalam kejadian itu.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan.

Loading...
Terkini