
CHILE: Kebakaran hutan dahsyat di Los Sauces meragut nyawa tiga anggota bomba dan mencederakan sembilan yang lain ketika mereka bertarung memadam kebakaran pada Ahad (19 Januari), menurut pihak berkuasa tempatan.
Kebakaran itu telah memusnahkan lebih daripada 400 hektar tanah sekali gus memaksa pengisytiharan ‘amaran merah’ dan pemindahan kepada penduduk setempat.
Keadaan muka bumi yang mencabar dan cerun curam menyukarkan lagi operasi serta mengakibatkan anggota bomba terperangkap
Pihak berkuasa telah dihantar ke lokasi untuk menilai keadaan dan menyelaraskan tindak balas kecemasan.
Pihak berkuasa tempatan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berjanji memberikan sokongan, sementara usaha memadamkan kebakaran diteruskan dengan tambahan anggota dan pesawat.
Chile kini sedang mengalami musim panas yang kering dan suhu yang tinggi.
Negara itu dijangka berdepan musim kebakaran yang teruk, setahun selepas kebakaran dahsyat pada 2024 yang mengorbankan lebih daripada 130 nyawa. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.