
KANADA: Kanada kini sedang berdepan musim kebakaran terburuk yang pernah direkodkan dalam sejarah apabila lebih 166,000 meter persegi hutannya terbakar.
Sehingga Khamis lalu, lebih daripada 1,000 kebakaran aktif dilaporkan berlaku di seluruh negara dengan 650 daripadanya gagal dikawal.
Imej satelit yang diperoleh menunjukkan kebakaran memusnahkan hutan di daerah British Columbia serta Alberta.
Ramalan dalam pada itu menjangkakan risiko kebakaran yang tinggi dalam tempoh beberapa hari akan datang sepanjang September di timur Alberta, wilayah pengeluar utama minyak Kanada, sehingga ke tengah Ontario, wilayah yang paling ramai penduduknya.
Dilaporkan hampir kesemua 13 wilayah di Kanada terjejas akibat kebakaran tahun ini sekaligus memaksa penduduk berpindah, pengeluaran tenaga terganggu sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan sumber negara dan juga dari pihak antarabangsa bagi mengekang kebakaran daripada terus merebak.