
MOSCOW: Kebakaran hutan di pulau Tenerife Sepanyol telah merebak di luar kawalan kepada lebih 1.8 hektar (4.4 ekar), kata Presiden Kepulauan Canary Fernando Clavijo pada Khamis, lapor Sputnik.
Pada Rabu, pihak berkuasa tempatan memulakan arahan berpindah kepada beberapa kampung di pulau itu.
“Setakat 6 petang waktu tempatan (1700 GMT Rabu) seluas 1,600 hektar terbakar dan mungkin 200 hektar lagi rosak akibat kebakaran dalam lingkungan 22 kilometer [13.7 batu],” kata Clavijo pada taklimat bersama perkhidmatan kecemasan pulau itu.
Menurutnya kira-kira 270 anggota bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu.
Pada akhir Julai, media melaporkan bahawa kebakaran hutan menjejaskan lebih 400 hektar hutan di pulau Gran Canaria di Kepulauan Canary. – BERNAMA-SPUTNIK