comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran hutan memaksa puluhan penduduk meninggalkan kediaman di Argentina

FOTO: Reuters

CORDOBA: Ratusan anggota bomba telah dikerahkan semalam di utara Argentina untuk memerangi kebakaran hutan yang menyebabkan berpuluh-puluh penduduk dipindahkan, lapor media tempatan.

Kerajaan tempatan Cordoba berkata 200 anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berikutan angin kencang dan kemarau yang menyukarkan operasi memadamkan kebakaran.

Menurut media tempatan, 54 penduduk telah dipindahkan, setelah dua buah rumah musnah dijilat api selain banyak jalan yang terhalang oleh kebakaran.

Data satelit yang dianalisis oleh agensi penyelidikan angkasa lepas Brazil Inpe telah merekodkan 346,112 titik panas setakat tahun ini di semua 13 negara di Amerika Selatan, mengatasi rekod awal pada 2007 sebanyak 345,322 titik panas dalam siri data yang bermula sejak 1998.

Jumlah kebakaran terbesar bulan ini adalah di Brazil dan Bolivia, diikuti oleh Peru, Argentina dan Paraguay, menurut data Inpe. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini