comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran musnahkan lebih 5,600 hektar tanah di California

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT:  Lebih 5,600 hektar tanah musnah dalam kebakaran di daerah San Joaquin, California.

Kebakaran dilaporkan bermula sekitar jam 2.30 petang dan merebak 30 peratus pada sebelah petang.

Api merebak pantas memaksa penduduk berpindah ke lokasi lebih selamat.

Setakat ini dua anggota bomba dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan memberi amaran angin kencang dan suhu lebih panas di kawasan terbabit mungkin akan memburukan keadaan.

Tiupan angin kencang dijangka mencecah sehingga 64 kilometer sejam manakala suhu tinggi diramalkan melebihi 40 darjah celcius. – CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini