comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran ragut 14 nyawa di sebuah premis sewa di Vietnam

 

Foto: Agensi

HANOI: Kebakaran di sebuah premis sewa di ibu negara Vietnam, Hanoi telah mengorbankan 14 orang dan mencederakan tiga yang lain pada tengah malam Jumaat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Bangunan tersebut, yang meliputi kawasan seluas 100 meter persegi, terletak di lorong sempit kira-kira dua meter lebar dan kira-kira 200 meter dari jalan Trung Kinh, menyukarkan akses bagi jentera bomba, lapor VnExpress.

Bangunan sewa itu mempunyai dua bilik di setiap tingkat dengan tingkat pertama digunakan untuk penjualan dan pembaikan basikal elektrik, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Litar pintas basikal elektrik pada mulanya disebut sebagai punca utama kebakaran yang berlaku pada 12:30 tengah malam, menurut agensi itu.

Kes itu sedang disiasat.

Sebanyak 1,555 kebakaran dan letupan berlaku di Vietnam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, menyebabkan 28 kematian dan mencederakan 26 orang.

Kebakaran dan letupan itu menyebabkan kerugian harta benda sebanyak 89.8 bilion dong Vietnam (US$3.5 juta), menurut Pejabat Statistik Am negara itu. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini