
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 30 termasuk kanak-kanak terkorban akibat kebakaran di sebuah stesen minyak di Dagestan, selatan Rusia pada malam Isnin lalu.
Lebih 100 individu yang lain pula cedera dalam insiden berkenaan, dengan 10 daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kedai membaiki kereta di tepi jalan lebuh raya di Makhachkala, ibu kota Dagestan.
Ia sekaligus mencetuskan letupan ketika ia merebak ke stesen minyak berhampiran.
Letupan itu berlaku sekitar jam 9.40 malam.
Perkhidmatan kecemasan Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk memadamkan kebakaran yang merebak lebih enam ratus meter persegi.
Sebuah pesawat dikerah ke Makhachkala bagi memindahkan mangsa yang terlibat..
Punca kejadian serta jenis letupan masih disiasat.