Tumpuan :
Dunia

Kedutaan Iran di Damsyik diserbu

FOTO: REUTERS

DAMSYIK: Susulan laporan mengenai kejatuhan pemerintahan Presiden Syria Bashar al-Assad, Kedutaan Iran di Damsyik dilaporkan telah diserbu, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Saluran berita Al Arabiya menyiarkan video yang menunjukkan orang ramai merobohkan poster besar di pagar Kedutaan Iran.

Poster itu memaparkan gambar Jeneral Iran Qassem Soleimani, yang terbunuh pada 2020 akibat serangan dron Amerika Syarikat di Iraq serta Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah Lubnan yang disokong Iran, yang terbunuh pada September lalu dalam serangan udara Israel berhampiran Beirut.

Saluran berita Al Jazeera melaporkan bahawa kakitangan kedutaan telah melarikan diri dan tiada tentangan diberikan terhadap perusuh.-BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini