comscore
Tumpuan :
Dunia

Kehadiran belon Korea Utara cetus kebimbangan penduduk Korea Selatan

SEOUL: Korea Selatan mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Korea Utara berikutan kehadiran puluhan belon di negara itu disebalik propaganda yang didakwa cuba dimainkan oleh Pyongyang.

Kira-kira 90 belon dilepaskan Korea Utara memasuki Korea Selatan di dua wilayah berhampiran kawasan sempadan.

Malah terdapat belon yang diikat bersama bungkusan mengandungi botol kosong tertera nama sebuah kilang sabun milik Korea Utara.

Penduduk diminta membuat laporan di pangkalan tentera atau balai polis sekiranya ternampak objek tidak dikenali.

Kesemua belon yang ditemui membawa risalah propaganda dan sampah kini sedang dianalisis bagi siasatan lanjut.

Terdahulu Naib Menteri Pertahanan Korea Utara berkata timbunan kertas buangan dan kotoran akan dihantar ke Korea Selatan.

Ia dipercayai sebagai tindak balas latihan udara yang dilakukan Korea Selatan bersama Amerika Syarikat. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini