comscore
Tumpuan :
Dunia

Kejam tak terbendung, 500 petugas kesihatan 138 antaranya jururawat jadi korban keganasan Israel

Foto: Reuters

GAZA: Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan menjadi mangsa korban sejak tercetus konflik Israel dan pejuangh Hamas di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa, di Palestin dan di Gaza khususnya, pendudukan Israel telah meragut nyawa 138 jururawat.

Agensi Anadolu yang memetik jurucakap kementerian, Khalil al-Daqran, pada perhimpunan aman jururawat di Hospital Al-Aqsa Martyrs di bandar Deir al-Balah menyifatkan, Hari Jururawat Antarabangsa tahun ini adalah luar biasa dan menamakan tahun ini sebagai Tahun Kejururawatan

Menurut kumpulan itu, jururawat, bidan dan pasukan perubatan adalah sebahagian daripada komponen penting masyarakat Palestin.

Mereka adalah syuhada yang memainkan peranan nasional dan kemanusiaan mereka untuk menyelamatkan nyawa yang cedera dan sakit.

Golongan ini memenuhi sumpah profesional dalam setahun iaitu rekod telah dicatatkan dalam jumlah rawatan yang diberikan dalam keadaan petugas perubatan menjadi syuhada, cedera, dipindahkan ke khemah atau ditahan di penjara perkauman Israel, dengan jumlah petugas perubatan mencapai 500 orang syahid, 1,500 cedera dan 312 ditahan.

Al-Daqran menyeru “komuniti antarabangsa dan orang-orang yang bebas di dunia untuk melindungi petugas perubatan dan institusi kesihatan serta menjenayahkan serangan terhadap mereka.”

Beliau juga mendesak kesatuan, organisasi antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghantar pasukan perubatan dan kejururawatan bagi menyokong pasukan kesihatan di Gaza.

Lebih daripada 35,000 rakyat Palestin telah terkorban dengan lebih 76,600 cedera angkara kekejaman rejim Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.

Lebih tujuh bulan sejak perang Israel, sebahagian besar Gaza musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini