comscore
Tumpuan :
Dunia

Kekurangan pengawal trafik udara, lapangan terbang Gatwick London batal 164 penerbangan

FOTO: Reuters

LONDON: Lapangan terbang Gatwick London membatalkan lebih 160 penerbangan mulai semalam hingga Ahad ini berikutan kekurangan pengawal trafik udara antaranya disebabkan jangkitan coronavirus.

Penerbangan dihadkan kepada 800 sehari, berlepas dan ketibaan, sehingga 1 Oktober, menurut lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Keputusan diambil atas persetujuan bersama dengan Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara Britain (NATS).

Kekurangan kira-kira 30 peratus pengawal trafik udara itu atas pelbagai masalah kesihatan termasuk COVID-19, katanya.

Pengarah lapangan terbang Gatwick, lapangan terbang kedua terbesar di London selepas Heathrow, Stewart Wingate yang memohon maaf atas gangguan itu menyifatkan ia satu keputusan sukar.

“Ini adalah keputusan sukar tetapi tindakan yang kami ambil hari ini bermakna syarikat penerbangan kami boleh menjalankan program penerbangan boleh dipercayai, memberikan penumpang lebih kepastian bahawa mereka tidak akan menghadapi pembatalan saat akhir”, jelasnya. – REUTERS

Loading...
Terkini