Tumpuan :
Dunia

Kematian di lombong haram Stilfontein meningkat kepada 78

Polis Afrika Selatan membuat pemantauan ketika operasi menyelamat pelombong haram di Stilfontein.- FOTO: REUTERS

STILFONTEIN: Sekurang-kurangnya 78 pelombong haram ditemui mati dalam sebuah lombong emas terbengkalai di Afrika Selatan.

Setakat ini 166 yang lain diselamatkan, dengan sebahagian mereka dalam keadaan kurus kering dan lemah.

Mangsa ditemui ketika operasi menyelamat dan ratusan lagi pelombong dipercayai terperangkap di dua kilometer bawah permukaan lombong.

Menurut polis, kesemua 166 mangsa yang terselamat segera ditangkap dan didakwa atas kesalahan jenayah termasuk memasuki negara secara haram, menceroboh serta pelombongan haram.

Terdahulu, kerajaan menyatakan lebih daripada 1,000 individu yang terbabit dalam aktiviti perlombongan haram di kawasan itu muncul dan sudah ditahan.

November lalu, pihak berkuasa melancarkan operasi membanteras pelombong haram di terowong Stilfontein.

Pihak berkuasa dituduh cuba memaksa pelombong untuk muncul dengan menyekat bekalan makanan dan air yang diturunkan oleh komuniti sekitar kepada mereka.

Ribuan pelombong haram kebanyakannya berasal dari negara lain dipercayai bekerja di terowong lombong terbengkalai di seluruh Afrika Selatan yang kaya dengan mineral.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini