BEIJING: China akan menaikkan umur persaraan pekerja lelaki daripada 60 tahun kepada 63 tahun, manakala pekerja wanita dilanjutkan sehingga 58 tahun bergantung jenis pekerjaan.
Pelaksanaan umur persaraan berkanun itu akan dilakukan secara beransur-ansur selama 15 tahun mulai 1 Januari tahun depan.
Mulai 2030, pekerja perlu membuat sekurang-kurangnya 20 tahun caruman pencen asas.
Peraturan terbabit membolehkan penangguhan persaraan sekiranya mencapai persetujuan dengan majikan.
Langkah berkenaan diambil tatkala negara itu bergelut dengan krisis demografi dan populasi. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.