Norway merekodkan bilangan kenderaan elektrik (EV) melebihi kenderaan petrol.
Persekutuan Jalan Raya Norway (OFV) memaklumkan 754,303 daripada 2.8 juta kenderaan persendirian yang didaftar di negara itu adalah EV, manakala baki 753,905 kenderaan petrol.
Pengarah OFV, Oyvind Solberg Thorsen menyifatkan pencapaian berkenaan sebagai detik bersejarah.
Ia seiring langkah Norway menuju negara pertama di dunia dengan pengangkutan penumpang didominasi EV.
Dalam pada itu, trend jualan kenderaan yang menggunakan diesel merosot dengan cepat di Norway. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.