comscore
Tumpuan :
Dunia

Kepimpinan lebih 2 dekad Erdogan goyah, Imamoglu kukuh kedudukan

ISTANBUL: Ekrem Imamoglu dari Parti Republikan Rakyat, (CHP) mendahului saingan pilihan raya tempatan bagi merebut jawatan Datuk Bandar Istanbul.

Ia sekaligus menjadi isyarat amaran kepada kepimpinan Erdogan yang menguasai politik negara itu sejak dua dekad lalu.

Pesaing utama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, itu mendahului 10 peratus di Istanbul, dan dan meraih 15 kerusi perwakilan di seluruh negara terbabit.

Berdasar hampir 93 peratus kotak undi yang dibuka di Istanbul, Imamoglu meraih sokongan 50.92 peratus berbanding calon Parti Keadilan dan Pembangunan, (AKP) yang juga bekas menteri dalam kabinet Erdogan, Murat Kurum dengan 40.05 peratus undi.

Keputusan sebahagian daripada 85 juta pemilih di seluruh negara itu menunjukkan kemajuan besar bagi CHP, dengan menewaskan AKP pimpinan Erdogan yang menguasai politik negara itu sejak sekian lama.

Ia juga menjadi pencapaian terburuk AKP, sekali gus menandakan perubahan dalam landskap politik perpecahan di Turkiye.

Dalam pada itu, menurut penganalisis, prestasi Parti itu lebih teruk berbanding jangkaan kajian pendapat.

Ia susulan lonjakan inflasi, pengundi islam kurang berpuas hati, selain penampilan Imamoglu di Istanbul mengatasi asas sekular CHP.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini