comscore
Tumpuan :
Dunia

Keputusan Israel haramkan UNRWA ancam nyawa kanak-kanak di Gaza – UNICEF

Petugas kesihatan UNRWA sedang bertugas di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Deir Al-Balah, Gaza. – FOTO: Reuters

GENEVA: Keputusan Israel mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) boleh menyebabkan lebih ramai kanak-kanak kehilangan nyawa.

Tindakan itu juga disifatkan sebagai bentuk hukuman kolektif terhadap penduduk Gaza kata agensiTabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada rabu.

Undang-undang yang diluluskan parlimen Israel pada Isnin menghalang UNRWA daripada beroperasi di Israel telah menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaannya untuk memberi bantuan di Gaza selepas lebih setahun perang berlarutan.

UNRWA, yang menjadi ‘nadi’ ribuan orang awam di Gaza, menyediakan hampir keseluruhan populasi kawasan pesisir itu dengan bekalan asas penting memerlukan akses melalui Israel.

“Jika UNRWA tidak dapat beroperasi, ia mungkin menyebabkan sistem kemanusiaan di Gaza runtuh.

“Keputusan (pengharaman UNRWA) menunjukkan bahawa kaedah baru telah ditemui untuk membunuh lebih ramai kanak-kanak,” kata jurucakap UNICEF, James Elder.

Data daripada pihak berkuasa kesihatan Palestin menunjukkan lebih daripada 13,300 kanak-kanak disahkan terbunuh dalam perang di Gaza.

Lebih ramai lagi dipercayai mati akibat penyakit disebabkan sistem perubatan yang semakin lumpuh dan kekurangan makanan serta air.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan satu pertiga daripada pekerja kesihatan yang terlibat dalam kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak di Gaza adalah kakitangan UNRWA, manakala sejumlah 1,000 pekerja agensi bantuan itu merupaka pekerja kesihatan di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini