comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Keputusan kes genosid Israel dikeluarkan esok – ICJ

 

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah-langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kes berkenaan membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah menerusi satu kenyataan media.

Sidang umum akan berlangsung pada 1 petang di Peace Palace di The Hague, Belanda dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan “genosid” ketika pencerobohan ke atas Gaza.

Perbicaraan mengenai kes itu telah berlangsung selama dua hari bermula 11 Jan. — BERNAMA-WAFA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini