comscore
Tumpuan :
Dunia

Keputusan tembak jatuh MH17 Khamis ini – The Hague

BELANDA: Hakim Belanda dijangka membuat keputusan Khamis ini terhadap empat individu yang dituduh menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014.

Warga Russia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan warga Ukraine, Leonid Kharchenko berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan menyebabkan sebuah pesawat terhempas.

Bagaimanapun keempat-empat tertuduh masih bebas dan enggan menghadiri perbicaraan selama dua setengah tahun di Belanda, selepas siasatan antarabangsa dijalankan.

Keputusan itu dijangka dibuat ketika ketegangan berhubung pencerobohan Rusia semakin memuncak.

Pihak pendakwaan bagaimanapun berkata, bahawa peluru berpandu itu dibekalkan oleh Moscow.

Pendengaran mahkamah menyatakan peluru berpandu BUK ditemui adalah dari Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 dari Kursk di Russia, dikenal pasti melalui imej dan bukti media sosial.

Perbicaraan diadakan di Belanda kerana 196 mangsa adalah warga Belanda.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur jatuh ditembak oleh puak pemisah di timur Ukraine.

Loading...
Terkini