Tumpuan :
Dunia

Kerajaan Syria hilang kawalan ke atas bandar utama Daraa

Foto: Reuters

BEIRUT: Tentera kerajaan Syria hilang kawalan ke atas bandar Daraa sekali gus memberi tamparan hebat bagi pemerintahan Presiden, Bashar al-Assad selepas pemberontak merampas bandar-bandar utama lain daripada cengkamannya, menurut sebuah badan pemantau perang.

Daraa digelar “puncak revolusi” pada awal perang saudara Syria, selepas aktivis menuduh kerajaan menahan dan menyiksa sekumpulan budak lelaki kerana menconteng grafiti anti-Assad di dinding sekolah mereka pada 2011.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights, beberapa hari lalu, Aleppo dan Hama, dua bandar utama lain yang diambil daripada kawalan kerajaan jatuh ke tangan pakatan pemberontak dan kini Daraa jatuh ke tangan kumpulan bersenjata tempatan.

“Puak tempatan menguasai lebih banyak kawasan di wilayah Daraa, termasuk bandar Daraa, mereka kini menguasai lebih 90 peratus wilayah yang terletak bersempadan dengan Jordan, apabila tentera rejim berundur secara beransur-ansur,” menurut badan pemantau perang itu.

Ketika gencatan senjata diurus oleh sekutu Assad, Russia, namun wilayah itu sudah dibelenggu oleh pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan serangan kerap, pertempuran dan pembunuhan sering berlaku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini