comscore
Tumpuan :
Dunia

Kereta api bawah tanah tanpa tempat duduk mula beroperasi di Seoul esok

SEOUL: Kereta api bawah tanah tanpa tempat duduk akan mula beroperasi di Seoul minggu ini, kata pengendali kereta api bawah tanah bandar raya itu hari ini.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kesesakan semasa waktu puncak.

Seoul Metro berkata bermula Rabu, sebuah gerabak pada kereta api bawah tanah Line 4 akan beroperasi tanpa tempat duduk semasa waktu puncak pada pagi dan petang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pengendali itu berkata gerabak No. 3 pada kereta api Line 4 akan ditetapkan sebagai koc tanpa tempat duduk dengan mengambil kira tahap kesesakan dan faktor-faktor lain.

Sokongan tambahan dan pemegang dipasang pada gerabak tanpa tempat duduk untuk mengelakkan insiden penumpang jatuh.

Menurut Seoul Metro, pada suku ketiga tahun lepas, tahap kesesakan dalam kereta bawah tanah Line 4 mencapai 193.4 peratus.

Pengendali kereta api bawah tanah bandar raya Seoul itu juga akan mempertimbangkan untuk memperluas koc tanpa tempat duduk ke laluan-laluan kereta api bawah tanah lain. – BERNAMA-YONHAP

Loading...
Terkini